Akak GilerSporting

the latest

Monday, 26 September 2011

Amalan Tertolak kerana Mazmumah


awak semua tahu ta ape itu mazmumah ? mazmumah tu perkara - perkara yang negatif . 
mazmumah lawannya mahmudah . mahmudah tu pulak perkara - perkara yang poitif . 
paham ta ?

contohnya :
mahmudah - mazmumah
taat - derhaka
cermat - boros
memegang janji - memungkiri janji 

so , faham dah kan ?
mari kita teruskan dengan topik kita . :)

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi . 
kemudian , ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu pintu langit .

Pada setiap pintu ini , malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya . 

PINTU LANGIT PERTAMA
malaikat membawa amalan seseorang hambanya yang mempunyai nur seperti cahaya matahari . berkata malaikat menjaga pintu langit : " pukullah amalan ini ke  muka orang yang mengerjakannnya . ghibah (mengumpat ) . Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya . "

PINTU LANGIT KEDUA
selepas berjaya melalui pintu langit , malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan benyak . kata malaikat penjaga langit ,  " berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia . "

PINTU LANGIT KETIGA
malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah , solat dan puasa . para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua . tetapi ditahan di langit ketiga . malaikat berkata , "Allah menyuruhku supaya tidak mebiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasku . orang itu suka
membesarkan diri di majlis orang ramai . "

PINTU LANGIT KEEMPAT
amalan berupa tasbih , solat , puasa , haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langi keempat , berkata malaikat penjaga langit , " Allah memerintahkan supaya amalan orang  yang ujub tidak boleh melintasi ku . dia beramal dengan dorongan ujub dalam dirinya . 

PINTU LANGIT KELIMA
amalan yang dibawa berseri - seri , lalu berkata malaikat penjaga langit , " berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya . mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya . "

PINTU LANGIT KEENAM
malaikat membawa amalan solat , zakat , umrah , jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama .lalu berkata malaikat penjaga langit , " pukullah amalan ini kepada orang yang nmengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba - hamba - Nya yang menghadapi kesusahan . "

PINTU LANGIT KETUJUH
berkata Malaikat Sum'ah ( ingin mahsyur ) : " aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku . dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya di sebut - sebut .

KETIKA BERTEMU ALLAH
kemudian , naik malaikat ynag membawa amalan seorang hamba yang berupa solat , zakat , haji , umrah ,berakhlak mulia , banyak berdiam diri dan berzikir . amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah . ketika itu , Allah berfirman yang bermaksud : " kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba - Ku ini . aku lebih mengetahui segala isi hatinya . dia tidak ikhlas kepada - Ku dengan amalannya . dia boleh menipu orang lain , menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku . "

PERSOLAN : adakah amalan - amalan kita akan bertemu dengan Allah jikalau setiap hari kita melakukan ghibah , lakukan sesuatu tidak ikhlas , takabbur , ujub , hasad , tiada belas kasihan dan riak ? ? ?

Renung - renungkan . 
tepuk dada , tanya Iman . 
berfikir , tanya akal . 
:)


click LIKE dan KOMEN
kalau sudah terjah .
^_^






Wednesday, 21 September 2011

Cintai saudaramu kerana Allah


kali nie cik mun akan update entry pasal mencintai saudara mara kita . bukan setakat keluarga kita sahaja and bukan setakat cinta pakwe makwe jea , tapi dengan semua orang Islam .
maaf laa . entry nie agak panjang sikit . tapi jangan risau . ta lama pun . 10 minit
pun ta sampai . and blog cik mun pun ta de lagu yang boleh ganggu konsentrasi anda semua . hope anda semua ta bosan ea . cik mun rasa topik macam nie mesti semua orang suka bukan suka sangat tapi minat tu laa kan .sebab kebanyakkan blogger cik mun tengok suka bab information . betul ta ? kalau ta betul , betulkan cik mun yea .

na tahu ?

cinta yang dikehendaki oleh Allah ialah cinta kerana Allah sepertimana hadis daripada Mu'az bin Anas al - Jahni yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah , menolak kerana Allah , mencintai kerana Allah , membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah , maka beerti ia telah sempurna imannya . " ( Riwayat al - Hakim )

daripada Anas bin Malik , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud , " sesiapa pun tidak akan merasakan kemanisan iman , sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata . " ( Riwayat al - Bukhari )

berikut antara sifat - sifat orang yang mencintai saudaranya kerana Allah :


1 . MENDOAKAN SAUDARANYA
ingatan yang tulus ikhlas itu tergambar dengan iringan doa kepada sahabatnya walaupun kita tidak berada bersama - samanya . ganjarannya sangat besar untuk kedua - duanya . diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang mendoakan saudaranya pada saat dia tidak bersama - samanya , maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata : " semoga Allah mengabulkan dan bagimu semoga mendapat yang sama dengannya . "
( Riwayat Muslim)

2 . MENGUNJUNGI
disunatkan bagi kita mengunjungi saudara kita untuk bertanya khabar dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim . kunjung - mengunjungi dengan hadir bersama buah tangan dapat menguatkan lagi rasa sayang dan menjadi tanda bahawa kita mengambil berat tentang dirinya .

3 . MEMBERI BANTUAN
pertolongan dan bantuan segera dihulurkan kepada saudara kita yang memerlukan . kita seharusnya sentiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudara Muslim yang lain dan berusaha menghilangkan segala kesusahannya . kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh saudara kita itu dapat ditempuh bersama . kita akan beraa bahagia apabila saudara kita bahagia .

4 . MELAKUKAN PERKARA YANG DISUKAI
diriwayatkan oleh al - Tabarani dalam kitab al - Saghir  , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang menemui saudaranya yang Muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya keran ingin membahagiakannya , maka Allah akan memberikan kebahagian kepadanya
pada hari kiamat . "

5 . PENAMPILAN WAJAH BERSERI - SERI
seorang Muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri- seri dikira sebagai satu amal kebaikan . diriwayatkan daripada Abu Zar , ia berkata bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun , walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri - seri . " ( Riwayat Muslim )

6 . MEMBERIKAN HADIAH
memberi buah tangah atau hadiah kepada saudara kita sangat digalakkan  . Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " kalian harus saling memberi hadiah , maka kalian akan saling mencintai . " ( Riwayat al - Bukhari )
termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang Muslim mengatakan kepada saudaranya : JAZAKALLAH KHAIRAN " , ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan  . Al - Tirmizi meriwayatkan daripada Usamah bin Zaid , bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberikan kebaikan : " Jazakallah khairan " ( semoga Allah membalasmu dengan kebaikan ) , maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik . "

7 . MEMBERI MAAF
bermaaf - maafan antara saudara harus menjadi amalan semua umat Islam kerana ia akan memelihara keharmonian sejagat . kita juga tidak harus menyimpan rasa dendam kerana ia akan menimbulkan  kebencian . kebencian akan membuat umat Islam berpecah belah . tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan . dengan memberi maaf , semoga kita juga akan dimaafkan .

8 . MENYIMPAN RAHSIA
wajib menjaga rahsia seorang Muslim . Abu Daud  dan al - Tirmizi meriwayatkan daripada Jabir ,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " jika seseorang berkata kepada
orang lain dengan suatu perkataan , kemudian ia menoleh ( melihat sekelilingnya ) , maka
pembicaraan itu merupakan perkara yang amat berat untuk dijaga .

thanks sebab sudi ruang kan masa anda semua baca entry cik mun yang panjang nie . tapi penuh dengan ilmu kan ? semoga tali persahabatan kita sesama Islam semakin teguh . salam .








click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^



Friday, 16 September 2011

sifat sahabat yang mulia

hye hye hye semua blogger . kali nie cik mun update entry pasal sahabat yang mulia pulak . 
entry ini sambungan daripada entry sahabat yang perlu dijauhi . ingat ta ? alaa . ta ingat ke ? atau ade  blogger yang baru masuk blog cik mun nie ? hehe . ade banyak komen yang diterima . ade jugak yang tanya , nape di panggil sahabat kalau dia yang perlu di jauhi ? hehe . persoalan kan . okay laa . ini dye entry yang lama tu . kena laa baca entry yang lama dulu . baru bole baca entry yang baru nie . baca taw !


okay . da ke ? kalau yang dah baca entry lama tu , boleh terus bacan entry yang baru nie . okay laa. cukup cukup laa merapik .. jom kita check it out sifat sifat sahabat yang mulia . 

1 . MEMILIKI AKHLAK DAN BUDI PEKERTI YANG BAIK . 
seseorang yang disenangi , mempunyai akal yang baik , berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah . sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat . berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan . 

2 . MENUTUP KEBURUKAN DAN KEKURANGAN SAHABAT .
baik semasa sahabat ada ataupun tiada . tidak menceritakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita , dia akan menjaga aib tersebut .
Daripada Ibn Abbas , Rasulullah SAW telah bersabda : " sesiapa menutup keburukan saudaranya , maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat . " ( Riwayat Ibn Majah )

3 . MEMPERBESARKAN KEBAIKAN YANG DILAKUKAN OLEH SAHABATNYA .
sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan , kesedihan dan kesenangan bersama . menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan . sanggup mengorbankan masa , harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya .

4 . MENYEBUT  KEBAIKAN
jika dia mendapatkan sesuatu kebaikan daripada kita , dia akan menghargai dan menyebut - nyebut kebaikan itu . tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya .

5 . MUDAH MENGALAH
jika berlaku salah faham  , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan . mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya .

6 . MENDORONG KITA MENCAPAI KEJAYAAN .
kejayan di dunia dan di akhirat . saling nasihat menasihati berkenaan dengan hal hal dunia dan akhirat . bersedia untuk menerima dan menasihati .

taaraaaa ! dapat ta sekarang ? agak agak ade ta sifat yang mulia tu dekat korang dengan kawan kawan korang ? mesti ade kan . kn kn kn ? Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :  " perumpamaan dua orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan , yang satu membersihkan yang lainnya . " ( Riwayat al - Dailami ) . Rasulullah SAW bersabda , maksudnya : " bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi ( yang menghembus bara api ) . pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau - bauan daripadanya , ataupun sekurang kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya . manakala tukang besi pula  sama ada ia menyebabkan baju anda  terbakar , ataupun anda  mendapat bau yang kurang enak . " ( Riwayat Abu Daud )

okay . sampai sini saje . thanks for reading . tunggu entry yang akan datang yea . ^_^



click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^



Saturday, 10 September 2011

sahabat yang perlu dijauhi

hye hye hye awak awak semua .. da penat study agama Islam tok trial minggu depan . na rehat jap .  and terasa na update entry pasal kawan . hehe . na tawu nape saya sedia kan entry tajuk nie ? jeng jeng jeng . sebab nye  saya na bagi blogger blogger panduan pilih kawan . hehe . actually , saya . cik mun .tengah ade krisis dengan kawan kelas . hehe . saya sayang mereka taw . tapi mereka jeaa ta taw . ehhh . suda suda . kalau bab merepek . laju jea kan . jom baca baca entry nie . hehe . jenis sahabat yang perlu dijauhi ialah . . . . . . . 

1 . MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara . keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia .

2 . PENGAMPU
setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju , tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah . apabila dihadapan , dia memuji kita namun di belakang kita , dia merendahkan dan mungkin mengkhianati dia .
3 . PEMBOROS DAN SUKA HIBURAN
apabila seronoknya datang . dia menjadi kawan yang setia . dia senang menjadi sahabat jika kita berhibur , berkeliaran dan melepak pada bila bila masa , serta suka ke tempat tempat hiburan da meminati hiburan yang melalaikan .

4 . MEMBUAT KITA SEMAKIN JAUH DARIPADA ALLAH
seorang yang sesat dan menyesatkan orang lainserta mendekati jalan jalan kemungkaran . hidupnya penuh ranjaun dan onak yang membawa kepada kekufuran .

5 . SUKA MEMBANTA BANTAH
jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain . 

yeah . sekarang macam mane ? da dapat ? agak agak , ade ta kwan kawan korang yang macam tu ? haaa ! kena hati hati tu . sebab kawan kita pun mencerminkan keperibadian kita . berkawanlah kerana untuk mencari keredhaan - NYA . 

p / s : nanti kan new entry tajuk sifat sahabat yang mulia . tunnngguuuuuuuuuuuuu . : D

sumber : majalah solusi . isu 35




click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^



Wednesday, 7 September 2011

trial SPM mood



hye hye hye . 
ape khabar ?
na trial pun mengedik lagi update blog kan . 
bukan ape . 
ta na bagi blog nie berhabuk . 
kalau biar kosong lama lama , 
takut tuan nye jadi lain pulak . 
yea ta ? 
haha . 
jangan laa garu kepala dengar ayat tu . 
kalau ta paham .
buat buat ta nampak jea . 
saya sedang menduduki
TRIAL SPM . 
kertas yang saya da habis jawab , 
tassawur dengan bahasa melayu . 
akan diikuti dengan
bahasa inggeris 
sejarah
pendidikan agama islam
mathematics
mathematics tambahan
fizik
kimia 
biologi .
wah !
korang tengok subjek tu . 
agak menakutkan . 
yesss !
menakukan saya jugak .
hehe. 
pape hal pun saya akan cuba jawab sebaik mungkin laa kann . 
belum cuba belum taw . 
kepda yang TRIAL jugak tu , 
good luck ea . 
kongsi laa pengalam jawab trial korang dekat comment / shoutbox .
mane taw kot kot ade benda funny ke kann . 
biasa laa . 
baru first time masuk dewan peperiksaan . 
sebelum nie dekat kelas jea . 
kepada senior senior , 
bagi laa kata kata semangat sikit untuk kami yang nak ambil 
TRIAL SPM nie . 
ouh yeeaaa . 
sebelum lupa , 
korang yang SPM candidates tu , 
target berapa A ? 
haha . 
jawab jea .
jangan segan . 
saya ?
hadoi . 
ssshhhhh . 
cannot tell laaa . 
nanti laa ea . 
psstttt . 
hope ta bosan dengar saya merepek bukan bukan nie . 
thanks for reading . 
hargai sangat dekat korang yang sudi baca blog saya nie . 
salam . 


click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^







Sunday, 4 September 2011

soalan - soalan !







hye hye hye
tajuk :
soalan - soalan .
macam banyak pulak soalan nye kannn . 
soalan saya berdasarkan gamba nie . 
haaaa . 
tengok betul betul yea .




nampak dye kata ape ? 
dye kata : 
you are already following the maximum number of Blogs ( 300 ) . 
unfollow other blogs first .



saya tanya dekat group - group blogger ,
sorang pun ta tolong jawab kan .
so ,
saya amek keputusan na tanya
dalam post nie jea .
hope rakan rakan blogger sudi jawab ekk .
minta tolong komen .
sape sape yang veteran dalam blogger nie ,
mungkin tahu laa kot .
thanks .
salam .






click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^

Saturday, 3 September 2011

so . ape cite ? ? ?



hye hye hye .
saya ucap salam .
jawab dulu yea .
( ape laa mun nie , da la suruh orang masuk blog dye . suka suka jea suruh ikut arahan dye pulak . )
haha .
relax bro .
ta na marah marah .
nani cepat tua meyh .
nanti kena sedut kolagen oleh hantu rozita che wan .
ala .
hantu dalam cerita
pontianak raya di kampung batu .
dekat ASTRO RIA .
ehhh .
bile mun bile ?
hari jumaat laa sayang sayang oi .
2 / 9 / 2011 .
 pukul bpe pulak ?
hadoi . . . .
macam macam kan  .
pukul 9 malam okay .
so . . .
macam mane raya korang ?
best ta ?
raya dekat  mana ?
banyak ta dapat duit raya ?
ade ta orang cakap ,
wahh . lawa laa baju raya awak .
ade ta ade ta ?
makan banyak ta ?
ape kueh paling sedap korang makan ?
makanan ape paling sedap  korang makan ?
dulu sirap . agak korang ,
sekarang air ape ek ?
korang boleh agak ta bape banyak berat badan korang naik ?
best ta dating ?
sama ta baju raya korang nan bf / gf korang ?
baju raya family and korang sedondon ke ?
ade macam kumpulan nasyid ta ?
haha .
bak kate Amir RL .
" i ' m sorry .
lalalalala ~~~
sorry yea banyak tanya
kalau sudi jawab .
reply laa dekat comment a post .
aceh ceh ceh .
ngade betul kau mun .
suka suka suruh orang ekut kau .
haha .
bukan selalu saling saling keep in touch kan ?
okay .
salam sume . :)








click LIKE
kalau sudah terjah .
^_^







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...