ASSALAMUALAIKUM ^_^V
Tweet
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang punyaaaaaa ... "
Tahniah kerana minat membaca.
sorry yea , hehe . sebab mun pun terkena . aduh ! serious sorry . mun tergelak gelak lepas baca nie . hehe . baru nak syok syok takut , last last . hmmm . hahaha . jangan marah . ;p
sumber : Dato' Tan Sri Facebook .
sorry yea , hehe . sebab mun pun terkena . aduh ! serious sorry . mun tergelak gelak lepas baca nie . hehe . baru nak syok syok takut , last last . hmmm . hahaha . jangan marah . ;p
cuba ceritakan perasaan anda setelah membaca .












39 comments:
macam hawau betul= ="
scroll down lambat2 sebab takut ada gmbr yg tidak sepatutnya.. sekaliiiii.. hahahha!
serius macam nak cepuk saja yg tulis cerita ni..punyalah scroll lambat takut tengok picture yg tidak diingini..
jahat nya :(
@ary_lee hehe , hawau tu ape ? ;p
@aisya haha , tindakan yang bagus ! berjaga jaga ;p
@Saya mEmang suka Menuliz:D hehe . sabo sabo ;p
@Isha Sams err , sape ? ;p
err... saya terkena sudaa... =,= hahahha
HAHAHA . mun buat suspennn jer laa . ishhh .
Dh laa Adh ni pengecut . huhu :D
HAHAHA!
---
---
---
ciskek! lahh..
baru nak menghayati story nyerr.. tetiba terGELAK ! phewww ~ ^^V
dah kusyuk baca..tp ending dia,adoooii..lari topik..hahaha..
penat aih baca..ending nya buat akak rase nak tarik2 pipi mun.! haha!
@ℱᗩᖙᖺᓰᒪᗩ ᕼᗩᔕᔕᗩﬡ hehe , tak tahu tak tahu :P
@Nurul Syuhadah alalaaa , sorry laa adah ;p hehe
@Noor Adibah Binti A.Latif err , hehe . relax relax ;p
@!~ Dolly Auliya ~! haha , sakit ati kan ? sabor jea laa ;p
@Noor haha , kan ? sama laa macam mun ;p
@Niswatus Solikah Samik aloloo , tamao arr .sakit . hehe ;p
haha.. ingatkan apa lah.. lol~ :p
serius punyalah scroll lambat takut tengok picture yg tidak diingini..
wt suspen je...
punye excited nx twu cte slanjut nye...
sabo aje je la :)
pernah baca jugak pasal ni dulu-dulu. hihi
so tak terkezut sangat :P
@Haruno Hana 하나 hhehe ;p
@Hani Shaa hehe , sorry sorry ;)
@!em@ GurLz hehe , sabo sabo ! sabo itu separuh daripada iman ;)
@Camy Alya ta terkejut ? alaa , nie yang ta best nie . buat buat laa terkejut ;p
Hahaha lol! The last bit was such a party pooper. I'd thought the warden had met a ghost or something XD
@Kitty haha , tahu ta pe . mun pun ingat camtu ;p
lahh .. yo yo oo jer kite bce -,-'' hahahaha .. apa2 pun , kelassss cik mun !!
sy pun tertipu..uhuk2
la...dok nebes2 baca sorg2,last gtu akhirnya cerita..hahahahaha..seb tak terkucil lg..
aaahhhh !! ><'
mmg terbaikkk la kne tipu tgh2 mlm cmni!hahahaha XD
ceh !
Baru nak thu ape ceritenye~ huh ! saspen je . haha
adushh!
tertipu jua..hoho
btw,,penjara pudu dtutp memang di sbb kan gangguan mahklus halus,bukan cte tipu..arwah mak n ayah zyra pernah cte..serius,tak cye korg g search
Aku langsung tataw bahawasanya penjara pudu tu wujud.
Post a Comment