ASSALAMUALAIKUM ^_^V
sumber : Majalah Solusi
THANKS FOR READING .
ASSALAMUALAIKUM ^_^V
Tweet
Seorang petani mempunyai beberapa ekar tanah sawah yang sangat luas di sebuah kampung . Berbekalkan sedikit duit simpanan sebagai pendahuluan , petani tersebut membuat pinjaman dari sebuah bank bagi membeli sebuah traktor pembajak sawah .
Kerja membajak tanah sawah kini bertambah mudah berbanding memggunakan kerbau . Namun ada masalah lain pula yang dihadapi . Setiap kali membajak tanah , pasti ada bilah tajak yang dipasang pada traktor itu yang patah . Puncanya hanya satu . Di tengah - tengah tanah sawahnya itu ada sebiji batu yang besar .
Setelah dua tahun berlalu , isterinya memcadangkan agar batu tersebut dikorak dan dialihkan dari tanah sawah mereka itu , agar tiada lagi berlaku bilah tajak yang patah .
Petani tersebut turun kembali ke bendang . Ditenung lama - lama batu tersebut . Akhirnya dia mengambil sebatang kayu . Dia ingin menduga kedalaman batu itu .
Dia menuil sedikit pada sisi batu tersebut . Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati kedalaman batu itu hanya kira - kira 5cm . Walaupun batu itu kelihatan besar , hakikatnya batu itu nipis .
Petani itu kembali membawa sebilah kapak . Digunakan belakang kapak dan mengetuk permukaan batu . Selepas tiga kali mencuba , batu tersebut pecah kepada beberapa keping kecil .
" Oh . . . rupanya senang aje nak pecahkan dan alihkan batu nie , " getus petani itu .
PENGAJARAN :
Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar . Malah mereka sering berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali kerana tidak yakin dengab kemampuan mereka menyelesaikan masalah . Hakikatnya kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud .
sumber : Majalah Solusi
THANKS FOR READING .
ASSALAMUALAIKUM ^_^V












8 comments:
thanks untuk perkongsian ini ye cik mun..kite out station..tuh yg buzy sikit..sorry lame tak menjengah..=)
nice artikel,,sangat menari,,happy blogging
~kadang2 kita tak ada keyakinan yang kita mampu buat :)
nice citer nih dear .. :)
benda yg susah pon bole jd senang. jnji guna akal :)
cik mun, npe shu xleh post kt cbox eh?
terbaiklah entry nie :) betul tu bila kita anggap kita mampu, automaticly kita sendiri boleh buat :)
best gak citer ni.. ^_^
menarik cerita. Best :)
Post a Comment